Thursday 17 November 2011

~ Tahniah Harimau Muda!!!~

Assalamualaikum....
Semalam saya sekeluarga menonton perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dan Indonesia...Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Muda telah melenyapkan sorakan penyokong Garuda dengan jaringan gol tunggal perlawanan oleh Syahrul Azwari pada minit ke-17... Dengan kemenangan itu, skuad Harimau Muda menjadi juara kumpulan A dan akan bertemu dengan Myanmar esok (19/11/2011).. Pada saya, sepanjang perlawanan semalam, kedua-dua pasukan berusaha gigih untuk mencari gol tapi ternyata rezeki berpihak kepada Harimau Muda... Kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan persembahan skuad kebanggaan semua rakyat Malaysia... Walaupun terdapat beberapa isu yang tidak menyenagkan hati kami, tapi kami anggap semua itu adalah adat dalam sesuatu perlawanan... Kepada skuad kesayangan kami, Harimau Muda dan semua atlet Malaysia yang berjuang dalam Sukan SEA di Indonesia, teruskan perjuangan kalian untuk terus memburu kejayaan... Usah gentar dengan hinaan dan sorakan mereka...Kami warga Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kalian... Kami SAYANGKAN SKUAD ATLET MALAYSIA!!!
MALAYSIA BOLEH!!!


Sunday 13 November 2011

~Family Day~

  Last week (12-13/11/2011) fakulti saya ada buat kursus @ 'family day' di Tiara Beach Resort Port Dickson. Tapi sayang, saya tak ada rezeki nak pergi sebab hari Sabtu tu terlibat dengan kelas amali dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. Memang rasa agak rugi tak pergi 'family day' tu sebab banyak hadiah menarik yang diorang sediakan. Masa 'registration' lagi dah dapat hadiah 'pendrive' 8gb. Malam pula ada 'dinner'. Ada pertandingan pakaian tercantik, siap ada pertandingan karaoke lagi... Hadiah dia pun best.. Tempat pertama dapat wang tunai RM 100.. Fuhh..Untung betul... Hadiah cabutan bertuah lagi gempak.. 'Grand price' nya adalah netbook Toshiba... Dan orang yang bertuah adalah officemate saya, Aishatulelyana Shafie.. Anda memang sangat bertuah... Ehem... Boleh la jual dekat saya netbook tu ye... Akak pun dah ada netbook yang sama.. Hehehe... Walaupun tak berpeluang nak menyertai 'family day' tu, tapi saya tetap 'happy' sebab saya turut dapat 'pendrive' 8gb tu.. Best sungguh... Terima kasih sebab tak lupakan kami warga fakulti yang tak dapat join..



 Ha... Inilah hadiah yang saya dapat walaupun tak dapat hadir ke 'family day' minggu lepas...




Thursday 10 November 2011

11-11-11

Assalamualaikum....

    Entry kali ni saya nak cerita tentang perkara yang hangat diperkatakan orang ramai - tarikh 11.11.11...
Tahniah pada mereka yang melangsungkan pernikahan pada hari ni, termasuk seorang daripada kawan saya. Mesti ramai yang tertunggu² tarikh ni sama ada untuk nikah ataupun untuk melahirkan anak... Sebut tentang melahirkan anak, baru² ni saya ada mendengar stesyen radio kegemaran saya berkaitan isu tarikh ini... Ada pendengar yang mengandung sanggup menyuruh doktor 'operate' jika dia tidak boleh melahirkan pada tarikh 11.11.11 secara normal... Perlu ke? Pada saya, tak perlu la sampai macam tu sekali... Memang la tarikh tu cantik & datang sekali sahaja untuk 1000 tahun.. Tapi tak perlu la sampai macam tu sekali... Seolah² kita taksub sangat pada tarikh tu... Pada saya, 11.11.11 hanya sekadar nombor.. Tak lebih daripada itu... Masih banyak tarikh yang lebih bermakna selain 11.11.11 tu... Pada meraka yang terasa dengan entry saya kali ni, saya mohon maaf... Bukan niat nak buat macam tu, saya cuma memberikan pandangan saya...

Thursday 3 November 2011

- s.i.L.e.n.T-


                Kadang-kadang, mendiamkan diri adalah lebih baik dari kita berkata-kata yang mungkin akan menyinggung hati orang lain. Selain dapat menenangkan hati yang panas, dapat juga mengelak dari dapat dosa 'free'.. Sekadar peringatan buat diri yang mudah terlupa...Hehehe...Peace...

Tuesday 5 April 2011

~C.A.N.T.I.K~




Assalamualaikum
  Untuk entry kali ni, Nana nk cite pasal isu Wanita dan Kecantikan.. Wanita xdpt lari dari isu kecantikan? Betul ke? Nana xtau la apa pandangan org lain. Tp pd Nana, Nana mmg ada isu berkaitan dgn kecantikan. Sebabnya, Nana dari kecil mmg seorang yg gemuk.. So, kerana itu sifat rendah diri sgt menebal dlm diri Nana sehinggakan takut nak bercampur gaul dgn budak kelas.. Ye la, budak perempuan yg lain semuanya kecil molek, tiba tang Nana plak terlebih besar.. Setiap hari Nana akn menangis bila balik dr sekolah.. Semuanya sebab asyik kene ejek terutamanya oleh budak LELAKI.. Huhuhu.. Kalau dikenang balik, dulu Nana mmg sunyi sbb xde kawan..

  Tapi itu dulu.. Sekarang Nana dh x mcm 2.. W/pun keyakinan Nana x sampai 100% & w/pun Nana masih x standing dr segi rupa paras dgn org yg cantik, tapi Nana ttp percaya yg Nana ada sesuatu (X Factor) yg membuatkan kehadiran Nana disedari oleh orang sekeliling.. Nana pun dh ade kawan-kawan dkt tmpt kerja & xlupa pd kawan Nana di alam maya.. Hehehe.. Dia mesti tau dialah yg Nana maksudkan… Sbb dia pasti akn baca entry nie… Really luv u FM..

  So, pd mereka yg menghadapi nasib yg sama mcm Nana, yakinlah pd diri anda sendiri. Sentiasa sematkan di dlm diri bahawa “ Walaupun Aku Tak Cantik, Aku Tetap Ada Kelebihan Yg Tersendiri Yg Tak Ada Pada Org Lain”.. Yakinlah bahawa anda semua ttp cantik, menawan & menarik pd pandangan mata org yg memahami & menyayangi anda..

   Yang paling penting yg perlu ada dlm diri seorng wanita adlh kelembutan & kesopanan tingkah laku & tutur kata.. Kesopanan akan menyerlahkan lg kecantikan dalam seorg wanita..


  Bak kata org, tak guna juga kalau cantik, tp buruk perangainya..

  Ok la.. Cukup la Nana membebel buat masa ni.. Bila ada kelapangan lg nnt, pasti akn ade entry yg baru.. See ya next time..


Just A Begining

Assalamualaikum...
Akhirnya,wujud gak blog nana nie w/pun hasrat nk ber'blogging' ni dh lama terpendam...2 pun lps follow blog 2 org sahabat saya iaitu cik Fainor Mufakirin a.k.a Pencinta Janggut n cik Saratul Aini a.k.a Saraspecky...thanks to both of u sbb bg galakan n panduan pd nana..love u...and to sape2 yg sudi menjengah ke blog sy ni,thanks ye...k la..xnk membebel bnyk2 utk fisrt entry nie...see ya in the next post...