Thursday 10 November 2011

11-11-11

Assalamualaikum....

    Entry kali ni saya nak cerita tentang perkara yang hangat diperkatakan orang ramai - tarikh 11.11.11...
Tahniah pada mereka yang melangsungkan pernikahan pada hari ni, termasuk seorang daripada kawan saya. Mesti ramai yang tertunggu² tarikh ni sama ada untuk nikah ataupun untuk melahirkan anak... Sebut tentang melahirkan anak, baru² ni saya ada mendengar stesyen radio kegemaran saya berkaitan isu tarikh ini... Ada pendengar yang mengandung sanggup menyuruh doktor 'operate' jika dia tidak boleh melahirkan pada tarikh 11.11.11 secara normal... Perlu ke? Pada saya, tak perlu la sampai macam tu sekali... Memang la tarikh tu cantik & datang sekali sahaja untuk 1000 tahun.. Tapi tak perlu la sampai macam tu sekali... Seolah² kita taksub sangat pada tarikh tu... Pada saya, 11.11.11 hanya sekadar nombor.. Tak lebih daripada itu... Masih banyak tarikh yang lebih bermakna selain 11.11.11 tu... Pada meraka yang terasa dengan entry saya kali ni, saya mohon maaf... Bukan niat nak buat macam tu, saya cuma memberikan pandangan saya...

No comments:

Post a Comment